Wednesday, September 23, 2015

Lonely rant

Bismillah. Assalamualaikum.

Post malam raya ni tak nak la tacing tacing kan :') walaupun tak balik raya tapi bak kata mak "pelajaran pun sama penting" okay. Seriously lama gila simpan idea nak menulis, last last tak tahu nak  tulis apa. So malam ni sambil layan math dengan air twister kat tepi rasa macam nak ranting banyak je dalam post ni.

Sejak start study week ni kalau sejam tak scroll media sosial tak sah sebab mengantuk gila layan buku buku ni aisehhh 😅 dan bila selalu scroll twitter esp ada je idea nak tulis blog tapi tu la sebab dah lama simpan so sekarang tak tahu nak tulis apa. Sejak last update masa awal sem hari tu ada la beberapa individu suruh update blog tapi bila nak start menulis sekarang ni dah timbul satu kesedaran "tulisan aku ni memanfaatkan atau melaghakan" 😅 okay dah merepek jom masuk gear.

Perubahan. Change. Some people change from bad to good tapi ada certain manusia vice versa. Me?
Erm sejak masuk u ni banyak sedar diri ni banyak sangat berubah dari yang dulu. Buruk ke baik dan baik ke buruk. Both. Banyak sangat ye la kawan dekat sini tak tahu perangai kita dulu dan kawan dulu pun tak tahu perangai kita sekarang. Oh salah satu perubahan tu adalah sabar. Terus terang sejak di u ni rasa macam sabar tu sangat sangat tinggi. Ye lah dulu dekat sekolah sabar ni memang tak sampai separuh sekarang pun. Bila tak sabar ada je benda yang nak diamukkan hahaha. Tapi dekat sini jumpa orang perangai taraf nak kena kaki pun still boleh sabar haha bukan nak kata kat sini ramai perangai buruk takkk cuma kat sini deal dengan bermacam macam jenis manusia. Dan sebab dah lali latih sabar dari sem satu lagi rasanya last last macam ni la. Banyak sangat mengalah. Kalau dulu nak mengalah 😏 memang tak la.  Tapi nak kata sabar banyak tu tak sampai lagi la sebab ada satu benda yang masih tak boleh dibuang. Marah. Sampai sekarang sebenarnya tak boleh lagi kawal marah. Eh bukan tak boleh sebenarnya, boleh tapi masih tak kuat. 

Banyak lagi sebenarnya perubahan tu tapi yang tu la paling perasan. Makin bertambah perasan sejak study week ni sebab stress study week ni lain macam.

Seterusnya, erm perasaan nak graduating sem ni camane? Tak excited pun series tak. Dari awal masuk tak pernah terdetik pun excited tu mungkin sebab dah lama agak nak ambik short sem lagi lepas ni so sem ni takde la rasa macam last sangat. Hari tu ada talk pasal kuliyah untuk degree dan masa tu terdetik gak nak sambung bahagian apa. Mechanical sebelum ni minat gak siket tapi sebab tak minat sangat fizik jadi rasa macam nak sambung dalam bidang yang ke arah komputer atau kimia. Ye la still ada fizik tapi tak se tough mechanical. Sebelum ni terdetik gak nak ambik education tapi bila tanya hati betul betul tak sebenarnya memang sejak dulu lagi dah set mind nak engineering. May Allah ease. 💕

Last topic malam ni, erm camane eh nak tegur orang buat salah? Honestly dekat sini kan tak tahu sangat nak tegur orang camane. Eh bukan nak kata diri ni perfect tapi setiap manusia ada tanggungjawab sebagai khalifah kat muka bumi ni tapi tu la kat sini sangat tak kuat. Ye la mungkin sebab sedar diri tak baik sebab tu bila nampak orang dating, couple, tak tutup aurat, tak solat dan sebagainya, tanggungjawab tu tak tertunai. Kalau sekolah dulu senang la nak buat sebab masa tu dalam suasana biah solehah yang kita pasti kalau kita tegur orang boleh terima. Tapi kat sini, kalau tegur takut putus hubungan erm sangat susah sebenarnya nak explain cane cuma doa je  harap diri dan orang sekeliling terpelihara dari laknat Allah 😊

I think i write enough. Eh sebelum lupa hari tu ada cakap kat Alya nak tulis pasal dia kat blog ha ha ha walaupun bukan overall post ni pasal Alya takpe kita bagi la siket ruang untuk Alya eh. Partner dalam kelas since form 4 yang selalu teman ke mana sahaja nak pergi, bilik guru,pejabat, dewan makan dan semua lah, yang selalu tolong deal dengan budak tak cukup matang dalam kelas, yang tolong tenangkan diri masa heartbroken time hahaha (ya Allah bila ingat balik entah apa apa lah), yang punya impian sama untuk sampai ke bumi Edinburgh dan Aberdeen (one day insyaa Allah).
Tahniah for the intake to UPM. Tu la Allah tangguh kan dulu nak makbul doa kita sebab Allah nak tengok sejauh mana kita nak minta kepadaNya and at last dia aturkan rancangan Dia dengan cukup indah dah terbaik. Tahniah Alya. Belajar rajin rajin ( w/pun tahu Alya ni rajin orangnya). Keep dreaming sebab dream is baby step to success. Semoga kita semua berjaya insyaa Allah.

Allahu yuftah alaikum.
Doakan saya final exam moga pass with flying colour kali ni.
Dan juga semua student yang tengah final exam, bittaufiq. May Allah ease us.

Till then 💕

No comments:

Post a Comment

friend start with one word .
positive comment , it should be ! (: