Saturday, June 25, 2011

it's not too late:HAPPY FATHER'S DAY




Baru ada peluang nak post pasal HARI BAPA,..memang dah berlalu,..
sebelum ni,ader jugak pikir nak post pasal hari bapa,.cume takder kekuatan,..
dan kali ni,..
raser nak sangat ucap SELAMAT HARI BAPA,..


i write it with my own heart!!

bersama deraian kuhasilkan tinta ini
walau ku tahu,kau takkan penah membacanya,..
biarkanlah tinta ini menjadi tempat untukku meluahkan
semua yang telah lama terpendam,..
sejujurnya,
kesedihan sentiasa datang menerpa
tatkala rakan-rakan mengingatkan akan tibanya hari bapa,..
tapi,ku gagahkan hati ini
agar air mata takkan tumpah disebabkan ini,..
telah ku tetapkan dari hari ku jejakkan kaki buat pertama kali
di pusaramu
agar aku sentiasa kelihatan kuat di hadapan semua orang,..
biarpun batinku sentiasa meronta
ingin mengikut jejakmu,..
maafkan diri ini,andai,aku bukan seperti anak-anak yang lain
aku sentiasa mengelak untuk berkunjung ke pusaramu
kerna ia lebih menyakitkan hati ini
kerna hampir setiap saat jiwaku menangis disebabkan ini..
tapi,
aku bersyukur kerna sejak dari dulu,aku ader sorang lagi ayah,..
yang pernah menjagaku diwaktu kecil,..
yang sentiasa memberi dorongan buatku,...
orang yang banyak mengubat hatiku,..
sejak dikau menghembuskan nafas yang terakhir,..
akhir tinta,,..
ingin ku laungkan ke seluruh pelusuk dunia,..
angah rindu abah!!!

maafkan diri ini,..kalau sebelum abah menghembuskan nafas yang terakhir,angah takx kat sisi abah,..

jadi,..buat sape2,..yang still ader kedua-dua orang tua,..sayangilah mereka,..hargailah mereka,sebelum merka pergi meninggalakn kita buat selamnya,....


ABAH...
Berderai air mataku tatkala aku membaca Yasin di hadapan pusaramu,
Jatuh bercucuran bak hujan di saat aku mengenangkan pengorbananmu,
Belum sempat aku membalasnya takdir telah menjemputmu pulang terlebih dulu,
Dikau pergi saat aku masih perlukan belaianmu.

abah...
Ku kirimkan sebaris doa senada kasih sayangku,
Tidak terbanding kasihmu bak seluas langit membaluti bumi nan kedinginan,
Pergimu dengan keredhaan bersatu dalam kehilangan dipandangan sepiku,
Anakmu di dunia ini akan meneruskan perjalanan bersama pesan dan amanahmu.

abah...
Betapa aku amat merindui dirimu yang telah lama lena dalam pembaringan,
Setiap belaianmu tika membesarkan aku bersemadi kukuh dalam hatiku,
Syahdu dan pilu rasanya berjauhan darimu walau bukan itu pintaku,
Aku redha dan ikhlas dalam langkahmu menuju ILLAHI.

abah...
Walau seketika anakmu alpa,
Kasihmu sentiasa menjadi ingatan abadi bagi diriku,
Membawa hidayah keinsafan seorang anak,
Dalam menjalani kehidupan duniawi.

abah..
Bersemadilah dengan aman,
Semoga rohmu diberkati Yang Esa,
Doaku tidak pernah kering meniti bibirku buatmu sentiasa,
Dikaulah ayahku di dunia dan akhirat.


"Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah ia, lindungilah ia dan maafkanlah ia, muliakanlah tempat kembaliny...a, lapangkan kuburnya, bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya -di dunia- dengan rumah yang lebih baik -di akhirat- serta gantilah keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam surga-Mu dan lindungilah ia dari siksa kubur atau siksa api neraka"


2 comments:

friend start with one word .
positive comment , it should be ! (: